Lupa | An Nur Fyros Khan

Khamis, November 14, 2013 Haiyum Haffiz 0 Comments

KARYA : An Nur Fyros Khan


Mereka ketawa.
kerana pemandangan itu berbeza
tampak pudar dan layu
mengapakah begitu?


Mereka ketawa.
mereka fikir syariat kolot
mereka fikir ia sekatan sekadar komplot
bukankah ia dituntut?


Mereka ketawa.
yang pudar sudah tiada.
yang layu segar semula.
palitan warna menyegarkan mata.


Mereka ketawa.
kagum dengan perubahan
hebat dalam pengubahan
galak dalam penyingkatan.


Mereka ketawa.
kerana mereka sebutan
kerana mereka rebutan
rebutan yang membinasakan


Mereka lupa.
yang pudar dan layu itu bukan jenaka
tetapi perlindungan dari celaka
syariat utama yang perlu dijaga.


Mereka lupa.
memang pudar masih kabur
memang layu masih gugur
namun iman itu masih teguh
masih gagah tak tersungkur.


Mereka lupa.
dunia ini sementara.
warna itu cuma warna
bukan pelindungan di negeri sana.


Mereka lupa.
islam itu telah lama berjaya
lebih indah lebih bergaya
lebih terlindung terpelihara.


Mereka lupa.
modenisma itu bukan segalanya.
syariat islam itu perlu dijaga.
bukan diubah ikut suka.
oleh manusia, manusia alpa.


Mereka lupa.
mereka ketawa.
bukankah pesanan telah lama tiba 
pesanan tercinta dari pencipta.


Mereka lupa.
Rasulullah telah bicara
"Ingatlah demi Allah yang jiwaku ditanganNya
andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui
nescaya kamu sedikit tertawa dan banyak menangis."

Mereka masih ketawa. kerana mereka masih lupa.



You Might Also Like

0 ulasan: