Bukan Kain Tanpa Corak | An Nur Fyros Khan

Rabu, Ogos 14, 2013 Haiyum Haffiz 0 Comments


KARYA : An Nur Fyros Khan


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Al-Ankabut : 2)

Ujian Allah s.w.t datang dalam pelbagai bentuk.

Dan setiap manusia itu akan di uji dengan ujian yang mampu lalui. Allah s.w.t takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Jangan mengeluh ketika ujian datang menjenguk, lihat itu sebagai tanda yang Allah s.w.t rindukan doa kita, rindukan rintihan kita. Jangan kerana satu ujian kita lemah, kita putus asa.

"Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."(Yusuf : 87)

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga. Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.

Kerana semuanya milik Dia.

Alhamdulillah aku masih diuji. Alhamdulillah aku masih di ingati. Alhamdulillah ujian ini aku mampu lalui. Bersyukur dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Mohon lah pertolongan dengan solat dan sabar.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."(Al-Imran : 159)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." – (Al-Baqarah : 153)

Ujian menguatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t. Mengadu pada yang Esa. Sujud dan menangis padaNya.

Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun”.
yang bermaksud : Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Ingat, Ujian Allah s.w.t datang dalam pelbagai bentuk. Begitu juga nikmat-Nya.

Hidup tanya ujian, umpama kain tanpa corak. Kosong.


You Might Also Like

0 ulasan: