Teknologi Masa Depan Untuk Peranti Android | ADI


Marcapada kini, dunia semakin maju dan pantas.Setiap urusan mestilah dilakukan dengan cepat agar tiada sisa masa yang terbuang dengan begitu sahaja.Begitu juga ketika kita menggunakan telefon pintar, kita sebenarnya telah membazirkan banyak masa untuk menulis mesej, mencari nama orang ingin dihubungi dan mencari maklumat tentang sesuatu perkara sedangkan ada aplikasi yang dapat membantu kita melakukan perkara tersebut dengan lebih mudah dan pantas serta menjimatkan masa.Memperkenalkan Maluuba, sebuah sokongan berasaskan suara yang telah dibangunkan oleh Maluuba Inc. yang berpengkalan di Kitchener, Kanada.



Buat masa ini sokongan Maluuba hanya boleh didapati melalui peranti Android sahaja. Maluuba juga hanya menyokong bahasa Inggeris semulajadi anda sahaja.Antara kelebihan Maluuba ialah dapat membantu anda jika anda bertanya sesuatu perkara tanpa perlu menyentuh peranti anda.Maluuba boleh membantu anda untuk menaip mesej, mencari restoran berhampiran di kawasan anda, bertanya jalan ke sesuatu tempat, membuat carian, menyemak kelendar, mengunci jam /memberi peringatan, memainkan muzik, bertanya mengenai cuaca, mengetahui acara-acara yang terkini dan banyak lagi.Ia ibarat pembantu peribadi anda.semuanya dilakukan dengan hanya menggunakan suara sahaja, sekaligus memudahkan aktiviti untuk setiap masa, seperti ketika memandu ataupun bekerja.Namun amat mendukacitakan kerana beberapa fungsi padanya kelihatan tidak dapat digunakan diluar Amerika Syarikat buat masa ini.Sokongan antarabangsa penuh dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat cuma tiada tarikh pasti yang diketahui.Maluuba juga merupakan aplikasi sokongan berasaskan suara yang tercanggih buat masa ini jika dibandingkan dengan aplikasi sokongan berasaskan suara yang telah ada di pasaran.
Mungkin ramai yang mengatakan bahawa Maluuba langsung tidak berguna kepada rakyat Malaysia kerana hanya memahami Bahasa Inggeris sahaja. Namun, perkara ini sama sekali tidak benar. Maluuba faham hampir 100% apa yang dibicarakan, termasuklah ketika suasana yang bising. Anda hanya perlu cakap dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan tatabahasa yang betul, serta tidak terlalu laju. Maluuba akan memahami dan membantu dan menjawab soalan anda.
Maluuba merupakan teknologi masa depan yang bakal memudahkan pengurusan kehidupan anda.Anda boleh memuat turun aplikasi Maluuba secara percuma untuk Android di maluu.ba/downloadintl .Anda juga boleh mengetahui perkembangan semasa tentang Maluuba melalui laman facebooknya di https://www.facebook.com/maluuba .

Nama Pena : Adi
profil : Hamba Allah SAW yang meminati bindang teknologi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan