DAN AKU YANG KETIGA 2 | CERPEN

Jumaat, November 09, 2012 Haiyum Haffiz 2 Comments



                        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”.




Aku yang ketiga. 

Langkah kaki mereka seiring menuju pulang ke kawasan kompleks kediaman siswi. Ketawa riang selepas seharian berpenat menghadiri kelas yang dijadualkan. Tak terasa penatnya berjalan sejauh satu kilometer jika berjalan dalam berkumpulan seperti itu.

Tiba-tiba langkah kaki merek ditahan ditengah jalan. Beberapa orang senior yang berseluar dan kemeja-t menahan mereka.

“Kenapa berhenti tengah jalan ni?” soal Nazirah yang tidak menyedari mereka semua disekat.

“Ada senior kat depan tu. Apa yang dia nak pun aku tak tahu.” Ain berbisik.

“Siapa Nazirah?!” soal salah seorang daripada mereka.

Semua menoleh kebelakang memandanga Nazirah. Keningnya terangkat, pelik.

“Kenapa cari saya?” soal Nazirah semula tampil ke hadapan.

“Kau mesti kenal Farabbi kan?” soalan itu ditujukan buatnya.

“Kenal, kenapa?”

“Kau kenal siapa aku?” soalan berbalas soalan.

“Tak, siapa awak?”

“Mimi. Aku Mimi. Buah hati Farabbi, untuk pengetahuan kau. Aku dah lama dengan dia.” Mimi menolak Nazirah kasar.

“Jadi aku nak kau, jauhkan diri kau daripada dia!!” Mimi mula menyeringai.

“Hei, kejap. Apa masalahnya awak cari saya ni?”

“Apa masalah aku kau tanya? Masalah aku, adalah kau! Kalau kau tak rapat dengan Farabbi, dia takkan tinggalkan aku!” Mimi berteriak.

“Cakaplah sendiri dengan Farabbi. Bincang elok-elok dengan dia. Diakan buah hati awak. Mesti dia nak dengar apa yang awak nak cakap. Bercakap dengan saya dengan cara macam ni takkan selesaikan apa-apa masalah awak dengan dia tau.” Nazirah masih mampu mengawal marahnya. Dia mula malu dengan kawan-kawannya yang lain.

“Kau sedar tak perempuan, yang kau tu perampas? Eh, perempuan bodoh. Kau rasa, muka macam kau ni cantik sangat ke sampai Far tu nak kat kau?” soal Mimi.

“Eh, kau ni melampaulah Mimi. Nak ikutkan dia dengan kau, lagi cantik dia!” Ain menuju ke depan mempertahankan Nazirah.

“Kau perempuan, kau diam. Kalau kau taknak mulut kau berdarah, baik kau jaga mulutkau elok-elok.” Mimi memberi amaran.

“Kau ingat aku peduli ke?” Ain menyergah.

“Ain, dah… Ni masalah aku. Kau jangan campur.” Nazirah menegah Ain daripada bertindak bodoh.

“Tapi dia ni dah kurang ajar.”

“Biarkan, orang tengah marah…” Nazirah masih berlembut.

“Bagus! Weh, perempuan. Kau sedar tak kau selama ni yang rosakkan hubungan aku dengan dia? kau tu baru tahun satu kat sini jangan nak tunjuk lagak dengan aku!” Mimi menolak Nazirah.

“Kau sedar tak perangai kau tu macam betina tak tahu malu?!” Nazirah masih diam.

“Kau ingat kau boleh rampas dia dengan kebaikkan kau ni, konon tunjuk alim. Eh, tak payah berlagak baik kalau hati kau ni busuk macma bangkai!” kali ini Mimi menolak lebih kuat hingga Nazirah teranjak ke belakang.

“Mak bapak kau tak ajar ke cara nak beradab…”

“Baik awak berhenti bercakap sebelum awak bisu sampai awak mati. Jangan libatkan mak ayah saya dalam hal ni. Mereka bukan punca hal ni terjadi. Jaga cara awak bercakap. Betina yang awak cakap perampas ni, masih lagi ada harga diri…”

“Harga diri apa yang kau ada?” soal Mimi.

“Saya hormat awak sebagai senior cik Mimi, jangan buat saya hilang rasa tu bila awak bertindak macam ni.” Nazirah serius.

“Bagus! Kau tahu pun aku ni senior kau! Kau dah tahu aku ni senior kau, apahal kau masih ganggu hak aku?” Soal Mimi kasar.

“Hak? Hak apa yang awak ada pada Farabbi? Dia tu milik Allah. Tak ada sesiapa pun yan boleh halang dia dengan siapa dia nak berkawan.” Nazirah memandang tepat ke wajah Mimi.

“Dia tu kekasih aku. Aku berhak ke atas dia. tak ada sesiapa pun yang boleh pisahkan aku dengan dia. Tidak ada!” Mimi bongkak.

“Jangan terlalu bongkak berkata-kata. Allah tu Maha Kuasa. Jangan sampai Dia tarik nikmat yang Dia beri.” Nazrah masih berlembut dan bersabar.

“Farabbi tu baik orangnya. Awak jangan malukan dia dengan perangai macam ni. Jaga sikit maruah dia kalau awak tu betul-betul rasa awak tu kekasih dia.” Nazirah cuba mengawal marahnya.

“Allah, tak suka kita bergaduh kerana hal remeh macam ni.” Tegas Nazirah.

“Eh, perempuan. Jangan nak main wayang Islam depan aku. Kau tu perangai dah macam perempuan ja…”

PANG!

Satu tamparan hinggap di muka Mimi. Ain tak dapat menahan sabarnya melihat Nazirah dipermalukan seperti itu.

“Kau jangan nak tuduh kawan aku macam tu.” Ain mengugut.

“Kau jangan nak mempermaikan Islam! Allah tu kurniakan cinta untuk saling dinikmati. Cinta ni suci, jangan kau kotorkan dengan nafsu berlagak kau ni! Eh, aku malu sebagai perempuan kalau kau jadi buas macam ni.” Ain memandang Mimi.

“Kau kena sedar. Maruah kita orang perempuan ni, letaknya di sini.” Ain menunjuk ke bibir Mimi.

“Kau tak kenal siapa Nazirah, kau jangan berani tuduh dia sembarangan.” Mimi terdiam.

“Patut pun Farabbi tu tinggalkan kau. Kau dah macam tak ada maruah kau tahu tak? Apa yang kau buat ni, kau ingat kau betul ke?” soal Ain.

“Kau ingat dengan cara kau jatuhkan air muka Nazirah ni kau berjaya buat Farabbi kembali pada kau ke? Kau ni bodoh, bertindak macam orang yang tak ada akal waras. Kau lupa kau ada Allah, kenapa kau tak meminta pada dia?” Ain diam.

“Pulanglah kepada Allah, sesungguhnya jodoh pertemuan tu di tangan Dia..” Nazirah mengalirkan air mata. Dia malu. Lengan Ain dipaut, mengajak Ain berlalu pergi.



                                                  ~ * * * ~


Termetrailah Sudah. 

Nazirah berdebar melihat Farabbi mendekatinya dengan senyuman. Ya. Senyuman itu, senyuman itulah yang sering membuatkan Nazirah sering mengingati Farabbi di dalam doa-doanya saban waktu. Dan kerana senyuman itu jugalah, hatinya terpaut.

“Ya Allah, debaran apakah ini?” Monolog Nazirah melihat Farabbi semakin mendekatinya.

“Assalamualaikum…” Farabbi menyapa mesra.

“Waalaikumsalam.” Senyuman Farabbi berbalas ikhlas.

“Awak, sihat? Ada masalah apa sampai suruh saya turun ni?” soal Farabbi, kerut wajahnya nyata serius.

“Saya minta maaf, dah ganggu kerja awak. Saya tahu awak sibuk dengan assignment and project. Tapi…”

“Tapi apa? Cakaplah.” Farabbi mengangkat kening.

Nazirah menghulurkan telefon bimbitnya kepada Farabbi. Dengan riak pelik, Farabbi menyambut huluran telefon itu. Dipandangnya skrin telefon bimbit itu. Perlahan dia membaca.

Kerutan di dahi Farabbi muncul tatkala satu persatu ayat yang tertulis itu dibacaya. Lama dia diam, tiba-tiba darah menitis dari hidungnya. Nazirah kaget, dia tergumam.

“Awak, darah…” cepat-cepat sapu tangan dikeluarkan dari poket seluarnya. Dihulurkan kepada Farabbi.

“Apa ni Zirah?” soal Farabbi. Huluran sapu tangan itu tidak diendahkan. Telefon bimbit Nazirah dipulangkan semula.

“Apa maksud awak? Selama ni awak anggap saya ni siapa?” soal Farabbi. Mata nazirah dipandang tajam.

“Saya…” Nazirah melarikan anak matanya jauh daripada menatap mata Farabbi yang garang.

“Saya, tak tahu…” Nazirah terdiam.

“Awak dengan Mimi sama sahaja! Pretender! Big liar!” Farabbi berdiri. Darah yang mengalir dikesat.

“Dengar dulu apa yang saya nak kata ni…” Nazirah mearik lengann Farabbi untuk duduk kembali. Farabbi akur.

“Apa lagi yang awak nak cakap?” soal Farabbi.

“Apa lagi yang awak nak selindungkan?” sambung Farabbi.

“Awak boleh diam tak? Awak tanya saya, tapi awak tak benarkan saya cakap, awak tembak saya macam saya bersalah. Mana peluang saya? Mana hak saya nak pertahankan diri saya?” Soal Nazirah. Ditahan air matanya daripada mengalir. Tidak! Kali ini dia harus kuat.

“Awak, saya tak tahu apa yang saya rasa. Saya tak patut rasa macam ni. Tapi saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Saya sayang awak, lebih daripada seorang kawan. Saya tahu itu tak patut. Tapi saya tak mampu nak halang…” Nazirah diam.

“Mimi serang saya, dia hina saya depan kawan-kawan saya. Dia tuduh saya macam-macam. Dia ganggu hidup saya. Saya kena profesional. Kalau saya emosi jugak macam dia, masalah ni takkan selesai…”

“Saya tahu saya dah buat awak kecil hati bila baca semua benda ni. Tapi itu sahaja cara saya nak pertahankan diri saya. Awak tak ada kat tempat saya masa dia malukan saya…” empangan di mata Nazirah semakin sarat.

Farabbi diam. Dia memandang Nazirah dengan rasa bersalah. Banyak yang tertanggung dibahu Nazirah namun tanggungan itu disembunyikan.

“Jadi betullah apa yang saya dengar selama ni?” Farrabi tersandar. Mukannya diraup.

“Mimi serang awak?” soal Farabbi lagi. Nazirah hanya membalas dengan anggukkan. Darah menitis lagi dari hidung Farabbi. Telefon bimbitnya dikeluarkan daripada poket seluar, nombor telefon Mimi didail.

“Hallo Mimi, awak kat mana?” soal Farabbi.

“Kenapa call saya marah-marah ni. Awak nak apa?” soal Mimi.

“Kenapa awak serang Zirah? Awak ni perempuan jenis apa?” soal Farabbi lagi.

“Mana ada saya serang dia! Apehal dia nak libatkan saya dalam hal ni?!” Mimi cuba mempertahankan diri.

“Cukuplah Mimi, bukan sehari dua saya kenal awak tau. Dah dua semester, dua semester saya cuba terima sikap awak yang immature, yang tak berikemanusiaan, yang tak profesional ni dengan sabar! Sekarang saya dah tak boleh sabar lagi dah dengan sikap awak Mimi.”

“Apa awak cakap ni Far?” soal Mimi.

“Apa yang awak dah buat pada Zirah?” soal Farabbi.

“Dia yang mula maki saya sayang, saya tak buat apa-apa pun. Takkan saya tak boleh nak protect diri saya?” Mimi bertukar manja.

“Hentikanlah Mimi, Zirah bukan bodoh tau. Dia bukan macam awak, buat lain tapi cakap lain. Dia dah tunjukkan bukti. She prints screening the evidence! And I’ve read it.” Farabbi meninggikan suara. Darah di hidungnya mengalir laju.

Nazirah semakin takut melihat Farabbi yang mula marah. Wajah Farabbi diserbu merah. Darah yang mengalir semakin banyak. Nazirah mengesat darah dihidung Farabbi dengan sapu tangannya. Air matanya mengalir meminta Farabbi bersabar.

“What relationship that you have with her? I’m your girlfriend, you should back me up. Not her!” Mimi berteriak.

“She’s my future fiancée. I’ll marry her after she graduates her diploma. It’s serious Mimi!” Farabbi menjawab.

“Sudahlah awak, sudahlah…” Nazirah merayu. Sapu tangan hijau itu sudah basah bermandikan darah.

“What a joke are you talking about?!” soal Mimi.

“Apa yang ada pada dia sampai awak nak sangat kat dia?” soal Mimi.

“Dia lembut, bijak, dia profesional Mimi. Dia matang! Setiap apa yang saya buat, dia akan sokong dan dia bukannya pengongkong macam awak! Dia faham cita-cita saya. Dia bantu saya.” Farabbi memandang Nazirah di hadapannya.

“Perempuan tu rampas awak daripada saya. Awak tak sedar ke tu hah?!” Mimi menyoal Farabbi dengan kasar.

“Dia tu orang ketiga antara awak dengan saya! Awak tak sedar ke dia tu jahat? Sanggup runtuhkan hubungan orang lain!” Mimi menyeringai kasar.

“Apa yang awak ni bodoh sangat boleh suka kat orang macam tu hah?! Awak ni curang tahu tak!” Mimi semakin melampau.

“Saya curang? Bila masa saya curang? Kita tak ada apa-apa hubungan pun Mimi. Macam mana saya boleh curang?” soal Farabbi. Dia ketawa.

“Bila sebut soal orang ketiga, seboleh-boleh semua orang nak benci… Apa awak fikir semua orang ketiga jahat? Bukan salah dia , dia takde niat nak ganggu hubungan mana-mana pihak. Dia cuma terjatuh cinta pada kekasih orang.”

“Dan lumrah manusia nak bersama-sama dengan orang yang dia sayangkan? Awak tak pernah terfikir kenapa dia hadir? Allah hantar dia.”

“Kau jangan nak babitkan nama Allah la Farabbi. Kau tu bodoh! Tak boleh nampak mana satu yang berpura-pura. Kau ni sesat!!” Mimi geram.

“Ye, memang aku bodoh, bodoh sebab pernah terima kau semula lepas apa yang kau buat pada aku. Aku buta tak dapat nak bezakan mana satu permata dan kaca. Dia permata Mimi. Permata berharga dalam hidup aku…”

“Kau terlalu bangga, terlalu yakin dengan apa yang kau ada sampai lupa yang di atas. Kau lupa Allah Mimi. Cinta tu Allah hadirkan dalam hati untuk dinikmati. Bukan untuk dikuasai. Tapi kau?”

“Sedangkan orang ketiga ini, dalam setiap solatnya, dia iringkan doa agar cintanya kesampaian. Pada mata kau dia ni perampas, tapi pada Allah, dia ni lah pencinta sebenar. Yang mencintai manusia tanpa melupakan Allah. Kau tak kan paham, tak akan… Sampai kau jadi orang ketiga tu…” Farabbi memandang Nazirah yang sudah mula menangis.

“Saya cintakan Nazirah kerana Allah, dan dia bakal isteri saya. Awak jangan berani buat apa-apa yang menyinggung perasaan dia ataupun yang menyakiti jasad dia…”

“Saya bersumpah, awak akan berhadapan dengan saya kalau awak berani buat macam-macam pada dia. Itu sumpah saya.” Jemari Nazirah digenggam erat. Panggilan telefon diputuskan.

“Itu janji saya. Saya harap Allah melindungi kita. Saya harap Allah reda… Saya sayangkan awak, saya tak nak awak pergi. Jadi teman sejati saya, yang sentiasa ada semasa jatuh bangun saya…”

Nazirah mengangguk, tangisannya maasih berbaki, Itu janji Farabbi pada Nazirah. Itu janji setia sebuah cinta.

Mimi tak mampu berkata apa-apa, dia hanya mampu terduduk, diam dan membisu. Hatinya retak dan tak mampu kembali pulih. Air matanya menitis. Dia semakin jauh dari landasan Rabbi.

TAMAT

You Might Also Like

2 ulasan: