RAMAI LELAKI ZAMAN SEKARANG DAYUS ??

Isnin, April 23, 2012 Haiyum Haffiz 0 Comments

                                       بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
           “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dayus ?






Ramai lelaki zaman sekrang "DAYUS" ? , KENAPA ?

Mari kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1. Membiarkan kecantikan aurat , bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh mata lelaki lain sepanjang waktu bekeja atau di rumah.


2. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebabkan aurat terlihat.


3. Membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunang atau teman lelaki bukan mahramnya.


4. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting'.


5. Menyuruh , mengarahkan dan berbanga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.






6. Membiarkan anak perempuannya memasuki pertandingan realiti sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.


7. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata .


8. Membiarkan isteri dan anak kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.


9.Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh islam seperti menyelamatkan dari lemas dan sebagainya.






10.Membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.


11. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.


12. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.


13. Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta tanpa sebarang pemerhatian.










*Kepada gadis-gadis yang sudah selesai membaca artikel ini , anda haruslah merenung semula isi kandung artikel ini , anda mungkin sudah faham isinya bukan ? anda tahu apa yang terjadi pada ayah anda jika anda melakukan perkara yang dilarang ? mungkin ayah anda terlupa atau tidak tahu tentang ini , tapi anda yag sudah mengetahuinya , anda perlulah menghindarinya , anda sangggup melihat AYAH anda mendapat gelaran ini ?"DAYUS" sanggup ? 
Renung-renungkan ^^


You Might Also Like

0 ulasan: