10 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita | Afiqah Hani

Rabu, April 18, 2012 Haiyum Haffiz 0 Comments

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Terdapat 10 wasiat yang ditinggalkan oleh Rasulullah kepada puterinya, Fatimah Binti Rasulullah. Semoga wasiat ini dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seorang Muslimah sejati.


1.)Wahai Fatimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, menghilangkan kejelikan dan meningkatkan darjat wanita itu.


2.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang mengeluarkan peluh ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.


3.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya, Allah akan menetapkan pahala kepadanya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.


4.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang mempertahankan keutuhan rumah tangganya, Allah akan menahannya dari meminum air daripada telaga kautsar pada hari Kiamat.




5.) Wahai Fatimah, perkara paling utama daripada yang di atas ini ada keredaan suami terhadap isteri. Seandainya suamimu tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.


6.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang meminyakkan kepala suami dan menyikatnya, meminyakkan janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, Allah akan memberikan minuman yang didatangkan dalam bekas indah dari sungai-sungai di syurga. Allah memudahkan sakaratul maut baginya dan kuburnya menjadi sebahagian dari taman di syurga. Allah juga menetapkan baginya bebas dari seksa api neraka serta dapat melintasi titian siratul-mustaqim dengan selamat.


7.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang tersenyum di hadapan suaminya maka Allah akan memandangkannya dengan pandangan penuh kasih.


8.) Wahai Fatimah, kepada wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan senang hati, malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalannya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu dan akan datang.


9.) Wahai Fatimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat akan memohon keampunan baginya dan Allah menetapkan kepadanya setiap hari 1000 kebaikan serta menghilangkan 1000 kejelikan. Ketika wanita berasa sakit ketika bersalin, Allah menetapkan pahala untuknya sama dengan pahala para pejuang yang berjuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan anaknya, bersihlah dosa-dosanya ibarat dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal dunia ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa walau sedikit dosa. Di dalam kubur, dia akan mendapat taman indah yang merupakan sebahagian dari taman Syurga. Allah juga memberi pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah dan 1000 malaikat akan memohon keampunan baginya sehingga hari Kiamat.


10.) Wahai Fatimah, apabila seorang wanita melayan suaminya sehari semalam dengan senang hati dan ikhlas, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian untuknya pada hari Kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan padanya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Malah Allah akan memberikan pahala 100 kali ibadah haji dan umrah.




      
    Nama Penulis : Afiqah Hani Binti Abdul Razak

You Might Also Like

0 ulasan: