cara pemakaian tudung yang diharamkan

Rabu, Mac 21, 2012 Haiyum Haffiz 0 Comments



Assalamualaikum :D

Hari ni aku nak cerita sikit pasal cara pemakaian tudung zaman sekarang.

Okayy.

Firstly,ada segelintir wanita yang jenis pakai tudung ada sanggul tu. Ala yang macam sup bunjut tu. Dah macam bonggol unta pon ada. Bukan nak mengumpat.tapi hakikat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim). 

Dah baca?Sudah terang lagi bersuluh kalau perempuan pakai tudung ada bonggol ni menyebabkan kaum lelaki boleh tau yang rambut korang panjang mengurai. Kan ada banyak lagi cara ikat rambut. Cuba lah elakkan buat sanggul ya.





Next,tudung yang menyerupai biarawati Kristian tu.Nauzubillah. Okay,cara pakaian yang menyerupai biarawati ni bila korang pakai tudung sarung then pin dekat belakang.Korang buat macam tu sebab tepi nampak macam besar kan? Tak boleh sebenarnya sebab nampak bentuk leher.



"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban)





Kesimpulannya, tudung ni pelbagai jenis. Korang boleh pakai asalkan tidak melanggar hukum. Kita ni tutup aurat disebabkan tuntutan agama bukan kerana fesyen zaman sekarang. Kita boleh berfesyen dengan bertudung tapi biar menutup aurat ya. Biarlah tidak cantik dan sempurna di mata orang,tetapi cantik dan sempurna di mata Allah.

*Sorry kalau ada yang terasa dengan post ni.Aku pun serba kekurangan. Peaceee yaww. :D Assalamualaikum.



Nama Pena : Norsyamimi Yusof
LAMAN WEB (BLOG/SOSIAL) : norsyamimi.blogspot.com

You Might Also Like

0 ulasan: