MATI

Selasa, Januari 24, 2012 Haiyum Haffiz 3 Comments

MATI , pernah kah kita terfikir tentang ini ? semua orang pasti lalui ini iaitu MATI . Tiada siapa pun yang akan terlepas  Perdana Menteri ? Datuk ? Panglima ? Artis ?  semua  makhluk akan lalui perkara ini mahupun haiwan dan tumbuhan  . Pernahkah kita bermimpi tentang kematian ? adakah kita bahagia selepas mati atau sengsara ? .

Eh kenapa penulis mahu berkongsi tentang mati ?? dah tiba masa ke ?
Tidak , saya mahu berkongsi tentang MATI , kerana semua orang akan laluinya , dan mati adalah perhentian kita yang ke tiga selepas hidup di dunia . kenapa ketiga ? ok disini saya mahu berkongsi sedikit tentang perhentina perhentian kita sebelum sampai ke destinasi yang kekal abadi itu .


Pertama :  Luh Mahfuz
Dulu masa sekolah rendah , ustaz dan ustazah ada cakap , secara ringkas la mudah faham kan , Luh Mahfuz ni dimana Roh-roh manusia di tempatkan sebelum ditiup kan kedalam tubuh setiap manusia iaitu ketika kita didalam perut ibu kita . Disana kita sudah memeliki nama, serta sudah tertulis takdir kita . Kalian semua , di sana kita semua adalah islam , semua roh disana taat pada yang satu . Maka sudah pasti lah kita sebagai manusia akan kembali ke jalan yang sebenar iaitu agama islam .
            Ada yang berpendapat , ketika disana kita semua berikrar akan taat pada Allah . Tidak kira muslim atau pun non-muslim sekarang ini . Disana tercatat la takdir kita , rezeki kita , yang paling utama , tarikh hidup dan mati kita .


Kedua : Dunia
                Setelah kita dilahirkan , serta jika kita sudah akil baligh maka kita wajib lah taat kepada Allah . Melakukan yang diperintah dan meninggalkan yang dilarang . Tetapi kini kita seakan lupa akan ikrar kita di Luh Mahfuz dahulu . Maka , kita seharusnya kembali ke jalan yang benar , putar stering tu , kembali ke pada yang satu agar kita bahagia di perhentian yang kelima nanti .


Ketiga : Alam barzakh @ Kubur
                Disini kita kan berehat sementara kita akan dibangunkan semula di padang mahsyar nanti . Jika banyak amalan kita di dunia ini maka di dalam kubur nanti kita akan berasa selesa , kubur kita akan luas seluas-luasnya , wangi sewanginya , terang serta kita tidak merasa seksa kubur . Jika kita banyak melakukan perkara yang dilarang didunia , maka HEBAT lah kubur kita nanti . Kubur kita akan menjadi sempit sehingga mematahkan tulang rusuk kita , kubur kita lah sebusuk busuk dosa kita , kubur kita gelap dan yang paling utama kita tidak akan terlepas dari perkhidmatan yang terbaik dari kubur iaitu “SEKSA  KUBUR” . Jadi mari kita sama-sama jadi orang baik , jadi orang beriman agar kita dapat layanan first-class dekat sana , insyaAllah J


Keempat  :  Padang mahsyar
                Disini kita kan segala amalan dan dosa kita akan di hitung serta segala perbuatan kita akan di tunjukkan kepada kita . Disini lah dimana penentuan kita sebelum kita sampai ke  perhentian yang terakhir , sama ada kita ke –SYURGA atau ke-NERAKA .


Kelima : Syurga dan Neraka
                Di perhentian  terakhir ini , kita akan hidup selama-lamanya . Disini jugalah kita akan merasa sesuatu kenikmatan atasa segala usaha dan amalan kita di dunia , kerana sudah di janjikan pada kita , maka inilah balasannya  . Tetapi jika di dunia kita hanya hiduo berfoya-foya,tidak menutup aurat,suka berbohong , ber itnah secara sengaja  ataupun secara tidak sengaja , serta yang amat dibimbangkan dimasa kini kita berpakaian seakan berbogel memang kita kata kita pakai tudung tudung aurat tetapi pakaian kita itu , tidak menepati syarat , pakaian kita tertalu ketat atau jarang sehingga membolehkan kaum Lelaki atau pun Wanita membanyangi susuk tubuh kita secara bernafsu ataupun tidak .

Alahai , terlajak jauh pula saya meleret dari tujuan asal , saya ingin berkongsi kepada semua akan tiga perkara yang ditinggalkan kita selepas meninggal dunia dan pahala dari tiga perkara ini akan berpanjangan sehingga kita dihidupkan semula di padang mahsyar.

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara:Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya“.



Pertama : Doa anak kepada ibu bapa .(Anak soleh)

Kita sebagai anak perlulah mendoakan ibubapa kita , serta menjadi anak yang soleh taat pada perintah agama , dan memimpin keluarga di jala yang benar . Ayuh semua marilah kita sama-sama berikrar dalam diri kita untuk menjadi anak yang soleh . J


Kedua : Ilmu yang ditinggalkan

Segala ilmu yang ada di dada dan kita kongsikan kepada orang lain.Selama mana ilmu yang kita sampaikan itu di sampaikan kepada orang lain . Maka selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham , pahala dan manfaatnya dari ALLAH S.W.T . Maka jika segala ilmu dan isi yang saya kongsi kan di dalam blog ini di baca , diamalkan , disampaikan kepada orang lain serta sekiranya saya tiada lagi para pembaca akan terus membaca dan mendapat manfaatnya . Tamsilannya , marilah kita sama-sama berlajar dan menyebarkan sesuatu perkara yang baik kepada rakan-rakan agar kita semua mendapat manfaat darinya J


Ketiga : Sedekah amal jariah

                Sedekah , kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan adalah yang terbaik . Banyak kita bersedekah banyak lah pahala dan ganjaran kita . Tetapi ingat! Kita bersedekah kerana ihklas bukan kerana ingin mendapat nama ataupun mendapat pujian semata-semata. Maka marilah kita bersedekah  agar sebahagian harta kita dapat kita kongsikan kepada yang memerlukan J
           

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. nice sharing... saling ingat mengingati bahawa mati itu pasti. =)

    BalasPadam
  2. kan ? tiada siapa yang akan terlepas :)

    BalasPadam
  3. Teruskan berkongsi ilmu-ilmu ni InsyaAllah :)
    Terima kasih.

    BalasPadam