“WOI ,orang tua ! berambus ah dari sini ! jangan kacau aku !”

Ahad, Disember 18, 2011 Haiyum Haffiz 5 Comments

Kedengaran tangisan seorang bayi yang memecah hening pagi . Pagi ini , lahirnya seorang bayi perempuan yang akan menjadi penyeri hidup si ibu yang kehilangan suaminya akibat kemalangan semasa kandungannya berusia 6bulan .Si anak ini diberi nama Nur Humairah binti Azman.
Allahhuakhbar..Allah..... sebuah iqamat yang indah telah di laungkan di telingga kiri bayi ini . Secara tidak langsung terbitnya air mata dan mengalir di pipi si ibu dan si ibu mengharap anak ini akan menjadi anak yang solehah di masa hadapan , meski pun hidupnya serba kekurangan tetapi si ibu berjanji akan sentiasa memenuhi segala permintaan si anak , mahu pun si ibu terpaksa berlapar .
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika si anak telah berusia 5 tahun ..
Humairah : Ibu !! ...

Ibu : saya anakku ...

Humairah : ibu hari ni adik belajar mengaji , adik sudah pandai mengaji ..

Ibu : Alhamdullilah...(si ibu segera mendakap si anak dengan senyuman yang cukup
        indah) hati kecil ibu berkata “Jika abang azman masih hidup pasti dia akan     
        gembira , abang saya berjanji akan menjaga anak kita dengan baik”

Humairah : Tadi cikgu ajar adik baca al-fatihah , ibu cikgu cakap kalau adik hafal surah
                   ini , cikgu bagi gula-gula , ibu adik nak hafal...

Ibu : Adik nanti ibu bantu adik ye , adik kalau adik berjaya hafal , ibu belikan adik
           telekung nanti kita boleh sembahyang sama-sama , kita boleh dapat banyak
           pahala , boleh masuk syurga .

Humairah : ibu syurga tu apa ?

Ibu : syurga tempat bagi orang yang baik-baik , yang banyak pahala , tak buat dosa ,
           di sana segala permintaan kita di makbulkan Allah .

Humairah : Kalau adik minta gula-gula banyak banyak banyak dekat sana , boleh ke
                   ibu?

Ibu : Boleh anak ku sayang ... (si ibu tersenyum melihat kepetahan anaknya
  bercakap )

Humairah : yeaaa!  Adik nak Pahala ! Adik nak Gula-gula ! Adik nak masuk Syurga !

  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Ketika si anak berusia 9tahun..

Ibu : Adik nanti dah besar nak jadi apa ?

Humairah : Adik nak jadi pereka fesyen.. nanti 
                   semua orang pakai baju adik . 
                   hehe..

Ibu : Tak nak lah jadi pereka fesyen .. jadilah 
        doktor nanti boleh jaga ibu kalau ibu
        sakit..


Humairah : Doktor ? Ya , Adik nak jadi doktor nanti adik boleh jaga ibu ! adik sayang ibu ..


  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika si anak berusia 17tahun..

Ibu : Adik tahun ini , adik SPM , belajar rajin-rajin nanti boleh masuk universiti.

Humairah : Adik tak nak tinggalkan ibu , adik nak jaga ibu..

Ibu : Adik , kalau adik belajar pandai-pandai nanti kita boleh hidup senang , cita-cita
       adik mahu jadi doktor kan ?

Humairah : Baiklah ibu...

Ibu : Adik jangan nakal-nakal tau , ingat pesan ibu , solat jangan tinggal , aurat tu
        jaga , jaga pergaulan ketika berkawan . Kita hidup didunia ini sementara , jadilah
        seorang muslimah yang solehah ingat pesan ibu...

Humairah : Baik ibu ...

  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Si anak mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti yang terkemuka. Si anak mula bebas dari ibunya dan mula mencuba sesuatu yang baru , sama seperti rakan-rakannya.

Ika : Humairah kau tak rimas ke pakai tudung 24jam , kau ni kolotlah..

Humairah : aku biasa sahaja , aku lebih selesa ..

Ika : hey , Humairah sekarang kita dekat bandar bukan kampung , so kita kena hidup
        macam orang bandar , kita kena bergaya tengok macam aku ni , sentiasa seksi
        dan anggun tau , ramai jejaka yang tergila-gilakan aku..

Humairah : Tak nak lah , aku dah janji dengan ibu aku , ibu aku suruh aku jaga aurat ,
        berdosa jika kita dedah aurat kita..
Ika: aurat ? kau cakap apa ni ? kau ni dari zaman bila ? come on la , sekarang zaman
      dah moden open-minded la sikit , sekarang halal haram , dosa pahala ni dah tak
      kesa dah yang penting hidup kena enjoy , nanti dah tua baru lah nak bertaubat-
      taubat ni.

Humairah : kau tak boleh cakap macam tu , berdosa la..

Ika : Who care ! KAU kalau nak berkawan dengan aku , kau kena ikut macam aku , kau
        nak kawan dengan aku tak ?

Humairah : Mestilah nak , aku kena buat apa ?

IKA : kau kena buka tudung kau , nanti aku ajar kau dan bawa kau ke suatu tempat ni ,
        best ! tapi kau mintalah mak kau duit sikit nak beli baju-baju kita kena shopping ..

Humairah : duit ? tapi ibu aku baru sahaja poskan duit untuk beli buku ..

Ika : alaa... kau guna je duit beli buku tu dan kau talifon mak kau lagi , minta lagi cakap
        tak cukup nak beli banyak buku kan senang ..

Humairah : baiklah..

Si ibu : Assalammualaikum , adik ...

Humairah : waalaikumsalam , ibu .. ibu adik nak minta duit sikit , adik nak beli buku ,
                  nak pakai banyak buku ni , boleh tak ibu ?

Si ibu : Boleh adik , esok lepas jualan goreng pisang ibu habis , ibu poskan ye ...

Humairah : terima kasih ibu ! adik sayang ibu !

Ibu : sama sama adik , adik belajar rajin-rajin ye , jangan lupe pesan ibu... kita duduk
            tempat orang , banyak benda kena jaga , jangan salah pilih kawan ye .

Humairah : baik ibu ...



  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ika : mak kau dah poskan duit ?

Humairah : dah ! jom !

Ika : Jom ! kita beli baju-baju dulu k , kau kena sexy-sexy sikit baru ramai tergila-gila
        kan kau..

Humairah : aku malu laa...

Ika : ala jangan malu-malu kata nak jadi orang bandar ..

  -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu mereka di sebuah pub yang terkenal di bandar itu..

Humairah : ika, tempat apa ni ?

Ika : Inilah syurga duinia , HAHA .. eh kenalkan ni zed , zed ni Humairah ..

Mereka bersalaman , lalu zed menghulurkan secawan air kepada Humairah ..

Zed : minumlah , sambil tu kita boleh borak-borak

Humairah : air apa ni ? kena rasanya lain ..

Zed : Ini air baru , awak kena cuba , saya pasti awak mahu lagi selepas ini...

Humairah minum dengan air tersebut sehingga dia mabuk malam itu . Humairah tidak menyangka air yang di minum itu ARAK , iaitu air kencing syaitan..
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ibu : Assalammualaikum ..... ( si ibu mengetuk pintu rumah sewa si anak , dengan
            membawa makanan kegemaran si anak yang disayangi itu.

Ibu : Assalammualaikum !....(si ibu cuba memangil dengan nada yang lebih kuat)

Pintu rumah dibuka ...

Ika : ye mak cik , mak cik cari siapa ?

Ibu : Ini rumah humairah ke ?

Ika : ye betul kenapa? Mak cik ni siapa ?

Ibu : mak cik , ibu humairah ..

Ika : Masuk lah mak cik , humairah ada dekat dalam biliknya , jemput masuk mak cik ..

Si ibu masuk ke dalam rumah serta ika menunjukkan arah bilik Humairah . Si Ibu membuka pintu bilik , dan si ibu seakan terkejut melihat apa yang dilihat di dalam bilik itu .
Ibu : HUMAIRAH !! Bangun !! cepat bangun !!

Humairah : Apa ni memekak pagii-pagi ni ! aku nak tidur ah ! (humairah yang masih
                     mamai akibat mabuk semalam)

Ibu : Adik ! apa dah jadi ini adik ?! kenapa adik mabuk ni ! adik?! Kenapa adik pakai
            baju yang menjolok mata ni ?! (si ibu mula menangis melihat keadaan anaknya
itu)

Humairah : Ibu ! jangan kacau adik ah ! pergilah ibu !

Ibu : Adik ,mengucap adik , ni ibu adik , ni ibu !....

Humairah : Ah ! ibu balik lah ibu ! jangan kacau adik ! berambus la ibu !

Ibu : sampai hati adik buat ibu macam ni ...

Humairah : WOI ,orang tua ! berambus ah dari sini ! jangan kacau aku !

Si ibu segera beredar dari rumah sewa humairah dengan hati yang cukup terluka , si ibu tidak menyangka anaknya itu boleh berubah sedemikian itu .Hancur harapan si ibu. Hatinya cukup terguris dengan anaknya itu.

Ibu : YA ALLAH , apa dosaku YA ALLAH , kenapa anak ku jadi begini YA ALLAH . Ya
ALLAH aku gagal mendidiknya . aku gagal , aku ibu yang tidak berguna ....

Seketika itu , sekumpulan lelaki menghampiri si ibu , dan mengepung si ibu ..

Lelaki 1 : Kau serahkan beg tu pada aku , kalau kau mahu selamat !

Ibu : jangan ! jangan ambil beg aku ! TOLONG !!

Lelaki 2 : Diamlah orang tua !

Ibu : kurang ajar punya manusia , aku orang tua , sanggup kau merompak aku ?!

Lelaki 3 : Kurang ajar punya orang tua , nah , rasakan!

Lelaki itu menghunuskan pisau ke perut si ibu dan segera melarikan diri bersama beg tangan si ibu. Si ibu terbaring di tepi jalan dengan berlumuran darah .

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RINGG !!! RINGG !!!!

Humairah : Haloo...

Polis : selamat petang , ini cik Nur Humairah binti Azman ke ?

Humairah : Ye saya ..

Polis : Harap cik Humairah tenang dengan berita yang ingin saya sampaikan .. cik
Humairah ibu anda telah meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah , Dia
di tikam di perut dan di jumpai oleh orang awam di tepi jalan. Harap cik Humairah
segera ke hospital ...

Humairah : ibu..... ibu .....

Humairah pengsan...

Ika : Humairah ? Humairah ? hey bangun , kenapa ni ??

Humairah : aku nak ke hospital  ! ibu ! maafkan adik ibu ! ibu !

Ketika di dalam perjalanan , kereta yang di naiki oleh Humairah telah hilang kawalan dan telah merempuh  pembahagi jalan lalu terbalik. Humairah telah menghembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian..



Kesimpulannya :

Hormati dan sayangi lah Ibu kita....
Ibu ibarat kulit kita yg ta boleh di kopek/koyak....Jika terkoyak/terkopek pasti akan kita merasa perit sakit ta terperi!

"Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya...." (A-li'Imraan 3:6).

"....Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,...." (Al-Baqarah 2:83).

""Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,...." (Nuh 71:28).

ibu adalah insan yg amat istimewa . Walau suatu saat nanti dia pergi mengadap yang maha berkuasa.Ingatlah insan yg bernama ibu selamanya . Kerana  tiada kita tanpa insan yang bergelar ibu . DIA yang melahirkan kita , dialah yang membesarkan kita . Sayangilah ibu bapa kita semasa mereka masih hidup lagi.Hubungilah mereka untuk bertanya khabar andai kita tidak dapat melawat mereka . Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah...Ameen.


Dari hati turun ke tinta ;
 Haiyum Haffiz





You Might Also Like

5 ulasan:

  1. mula baca hepy je. sampai part yang nak last-last tu, macam tersentap pulak.

    Janganlah kurang ajar dengan orang tua, hormati mereka dan sayangilah mereka selagi siorang masih hidup :'(

    BalasPadam
  2. sumpah sedeyh, thankz for give to read this,it can be lessons for other~..sobx3

    BalasPadam
  3. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    BalasPadam