TANGISAN seorang TUA

Sabtu, Oktober 22, 2011 Haiyum Haffiz 3 Comments

seorang tua sedang menangis di sebuah bangku bersama sebuah cawan untuk disimpannya duit dari simpati warga kota dan kemudiannya didatangi seorang pemuda duduk sebelahnya.

Sufi : Assalammualaikum pak cik  (sapaanya diserta senyuman ikhlas )
Pak Man : Waalaikumsalam , Nak bantu pak cik nak (sambil dihulurnya cawan  itu ke arah sufi)

Sufi memasukkan wang ke dalam cawan tersebut sambil tersenyum .

Sufi : Pak cik , saya ada belikan pak cik makanan , mari kita makan bersama .
Pak Man : Alhamdullilah , terima kasih nak .

Sufi : Pak cik sudah lamakah pak cik mengemis? maaf jika soalan ini membuat pak cik terasa , saya hanya bertanya sahaja .

Pak Man : sudah nak , sudah lama ,..    

Sufi : bagaimana pak cik jadi macam ni ??

Pak Man : ini balasan buat pak cik nak , pak cik menyesal , dahulu pak cik juara kota , semua orang menghormati pak cik , jalan-jalan di kota ini milik pak cik dahulu , bila sebut sahaja nama pak cik pasti semua akan kecut perut tapi itu dahulu nak , sekarang tiada siapa yang endah akan pak cik , dulu hidup pak cik mewah , tapi sekarang inilah pak cik , kais pagi makan pagi , kais petang makan petang , pak cik berdosa nak , pak cik derhaka pada ibu pak cik , pak cik suka memaki hamun dia kalau pak cik tak dapat apa yang pak cik inginkan , pak cik telah halau ibu pak cik dari rumah kerana pak cik malu ada seorang ibu seperti dia , pak cik hina dia , dia merempat , tidur dikaki lima , mengemis seperti pak cik , pak cik anak derhaka nak , anak derhaka inilah balsan buat pak cik. ( si tua itu mengalir air mata kerana terlau sedih mengenangkan kisah silamnya)

Sufi : sabar pak cik , minum air itu pak cik tenang tenang , ibu pak cik masih hidup ke sekarang ?

Pak Man : ibu pak cik ? dia dah .... dia dah mati , pak cik yang langgar dia...

sufi terpempan apabila mendengar luahan hati pak man . Nauzubillah .. tergamaknya pak man ini.

Pak Man : Pak cik langgar dia sebab pak cik malu  ada ibu mengemis di kaki lima , pak cik rasa terhina , tapi sekarang pak cik menyesal kerana beberapa hari selepas kejadian itu , pak cik terlibat dalam kemalangan , dan menyebab kan kaki pakcik tempang dan perlu menggunakan tongkat untuk bergerak . Sejak dari hari itu , semua kemewahan , keistimewaan pak cik hilang , orang-orang pak cik sisih pak cik , pak cik hilang tempat tinggal , terpaksalah pakcik mengemis dan duduk di kaki lima ini untuk menuruskan hidup , pak cik sentiasa berdoa agar nyawa pakcik dicabut kerana pak cik sudah tidak sangugup untuk hidup di muka bumi ini . Tapi pak cik risau , adakah TUHAN akan menerima pak cik yang hina ini ?

Sufi : usah bimbang pak cik , masih ada masa untuk kita kembali kelandasan kita , pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita selagi kita masih hidup , ALLAH itu maha pengampun , sentiasalah kita berdoa kepadanya untuk dihapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu .

kesimpulannya ,

Jasa Seorang Ibu Tidak Terkira , Sayangilah Ibu Sementara Mereka Masih Bernafas Di Dunia Ini .Ingatlah selagi Ibu masih hidup, kasihi dan sayangilah Ibu. Dan jika Ibu sudah meninggal dunia, ingatlah jasa ibu, doakan kesejahteraan ibu. Siapalah kita tanpa jasa dan pengorbanannya.
Sekiranya kita masih punyai ibu dalam menjalani hidup ini, hargailah ibu, jaga hati ibu dan hadiahkanlah keperibadian yang baik untuk ibu, agar ibu puas dengan apa yang ibu korbankan, agar ibu bangga kerana punyai anak soleh/solehah yang akan mendoakan ibu di akhirat kelak..

HAIYUMHAFFIZ,2011

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. sentapp

    cerita ni walaupun simple tak melarat-larat, mesej nya tepat menusuk jiwa. kalau kita tak hormat orang tua sendiri, hidup tak akan bahagia.

    minta-minta kita semua dijauhkan daripada fitnah kejayaan yang melampau.

    BalasPadam
  2. anak penguin tembam10 Disember 2011 10:26 PTG

    alhamdulillah .. entry yg mnarik .. Allah berfirman bhwa salah satu dosa yg akan dibalas sewaktu d dunia lg ialah derhaka kpd ibu bapa . smoga dpt jd panduan dan muhasabah diri sendri.peringatan utk dri sy sndri .. trima kasih atas perkongsiannya .=)

    BalasPadam