CORETAN BUAT JUWITA

Rabu, Oktober 12, 2011 Haiyum Haffiz 1 Comments














Wanitaku..
Inilah luahan hatiku,
Yang lahir dari dasar hati dan naluri kelakianku,
Bukan beerti untuk menggores hatimu,
Tidak berniat untuk menggores perasaanmu,
Sekadar untuk meluahkan perasaanku,
Dengan tujuan menyedarkanmu wahai juwitaku,
Anggap saja coretan ini sebagai nasihat dariku,
sekadar renungan buat dirimu

Wahai Juwita,
Ramai dari kalanganmu telah melupakan asal usul nasabmu,
Mengapa Juwitaku?
Adakah dirimu alpa pada wasilah para nabi?
Apakah kamu sudah melupakan perintah Illahi?
Tega dirimu meniru kaum YAHUDI?
Kamu seperti termakan janji-janji
Janji-janji yang akan membakar diri insani.

Wahai perawan,
Ramai dari kalangan kamu adalah ahli neraka,
Bermakna dirimu itu susah untuk dijaga,
Tetapi tidak bermakna dirim itu suatu yang sia-sia,
Peliharalah dirimu dari panahan nafsu serakah,
Nafsu yang sentiasa mengajak daripada menjauhi suruhan tuhanmu.

Muslimah sejati,
Masih sempat untukmu kembali,
Jalan-jalan taubat masih terbentang luas,
Selagi masih ada denyut nadi.

-HAIYUMHAFFIZ,2011

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. Wahai adam,

    Hawa itu tercipta indah dari rusukmu

    Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu

    Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia

    Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..



    Wanita akal senipis rambutnya

    Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita

    Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah

    Masih mencari walau ada segalanya

    Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..



    Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok

    Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

    Mana mungkin kayu yang bengkok,

    menghasilkan bayang yang lurus ..



    Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal

    Di situlah punca kekuatan dunia ..

    Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu

    Hati serapuh kaca

    Kuatkanlah ia dengan iman…

    Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

    Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin..



    Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya

    Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi

    Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan

    Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

    kerana nantinya mereka akan semakin derita



    Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah

    Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

    Didiklah mereka dengan panduan darinya

    Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta

    kerana nantinya mereka semakin liar

    Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan



    Bila wanita menjadi derhaka

    pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara…

    Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

    Tapi binalah kepimpinan

    Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya

    Jinakkan diri kepada Allah

    Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu



    Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’

    Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah…

    Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa?



    Lindungilah hawa itu.

    Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.

    Lindungilah hawa itu

    Lunakkan telingamu dan ajarinya

    dengan nafas alunan suci Quran…

    Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya



    Wanita yang lupa hakikat kejadiannya

    Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan

    Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus

    Bahkan akan semakin membengkok

    Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,

    di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,

    kerinduan, kegelisahan yang dihadapi

    dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha

    mengkafarahkan dosa-dosa kecil..



    Wahai lelaki…wahai adam,

    Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya

    Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya

    Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya

    Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu

    Hilangkanlah egomu kerana itu api yang membenamkan nur kebahagiaan

    Ingatlah wahai lelaki.. ♥



    Wahai lelaki yang punya peranan besar..

    Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..

    Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu..

    -akuislam.com-

    BalasPadam