KEKASIH ALLAH

Jumaat, September 16, 2011 Haiyum Haffiz 1 Comments

Assalammualaikum w.b.t


ON netbook ONE MALAYSIA , plug in ear phone , search lagu [camar kelukaan saff one] , play n smile =D


Bismillahirahmannirahim ,


Hari ni , nak kongsi tentang "golongan yang jadi kekasih ALLAH kerana saling mencintai kerana ALLAH" .
Haaa.. seronokkan dengar tajuk tu , harap-harap kita tergolong dalam kalangan itu :) , artikel ni aku jumpa dari sebuah buku dekat surau An-Najah [sultan ismail cluster school jb] , harap-harap kita sama dapat manfaat artikel ni , dan dapat kita adaptasi kan ke dalam hidup kita :)






Aiz ibnu Syahabil ibnu Samath , suatu ketika bertanya kepada Amru ibnu Abasah; "Benarkah kau pernah sabda Rasulullah dan kau tidak mengada-ada apatah lagi melakukan pembohongan terhadap Rasullah?" Amru ibnu Abbas menjawab; "Benar."Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bahawasanya ALLAH berfirman 


Aku mewajibkan kasih cinta-Ku bagi orang-orang yang 

saling mencintai kerana diri-ku.Dan mewajibkan kasih cinta-Ku

 bagi orang-orang yang saling tolong menolong kerana diri-Ku


Jangan separuh hati dalam mewajahkan rasa cinta kita kepada sesama hamba ALLAH s.w.t . Jangan memberi harga atas jasa baik atau menuntut pembalasan dan ganjaran atas pertolongan yang kita berikan kepada sesama manusia . Sebab , cinta ALLAH hanya diperuntukan bagi manusia yang mentuluskan cinta di hatinya pada landasan hanya kerana ALLAH semata-mata .


Oleh yang demikian,jernihkan niat dalam melakukan sesuatu. Lebih-lebih lagi dalam memberikan pertolongan sesama manusia di muka bumi ini . Jangan sesekali meletakkan matlamat unutk mendapat ganjaran , waima sekadar pujian di sebalik segala pertolongan yang dihulurkan. Ini kerana , perbuatan berdasarkan sedekimian hanya akan melupuskan ganjaran ALLAH s.w.t atas segala kebaikan yang dilakukan itu . Bahkan ,ia juga menjauhkan diri kita dari pada kasih cinta ALLAH s.w.t.


Sebaliknya , luruskan segala niat betapa apa jua pertolongan yang dihulurkan adalah hanya kerana ALLAH s.w.t semata-mata . Tanamkan dalam diri betapa perasaan cinta dan pertolongan yang dihulurkan itu semata-mata kerana ingin menggapai reda ALLAH s.w.t . Usah khuatir dengan ganjaran . Ini kerana , biarpun ganjaran dunia tidak menjelma akan tetapi ganjaran ALLAH berupa kasih sayang dan cinta-Nya kepada kita sentiasa menanti mereka yang menjadikan 'hanya kerana ALLAH' sebagai landasan segala perasaan cinta dan pertolongan yang dihulurkan antara sesama manusia . 


Jika kita mampu menerapkan perkara tersebut dalam diri,nescaya kita akan menjadi sebahagian daripada para kekasih Allah dan manusia-manusia terpilih .

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. "kasih sayang KU hanya untuk mereka yang berkasih sayang kerana KU." [hadith qudsi.] ^^

    BalasPadam