cara menghentam LELAKI yang tak nak solat jumaat ?!

Jumaat, September 16, 2011 Haiyum Haffiz 8 Comments


Assalammualaikum , w.b.t

hari ni nak kongsi pasal tips-tips nak tegur kaum LELAKI yang susah sangat nak pergi solat jumaat . kalau dekat sini ada kaum LELAKI yang tengah baca entri , ni sedar2 kalau korang tak pergi solat jumaat , bukan susah pun nak pergi , dah pahala lagi , kalau pergi DATING , merambu dekat bandar boleh pulak , ada masa , tak penat , tapi bila suruh pergi solat jumaat macam-macam alasan , BRO , jangan lah nak jadi lelaki pupus , kau mengaku kau umat nabi MUHAMMAD S.A.W ,tapi tak nak pergi solat , simpan janggut bukan main alasan sunah nabi tapi tak nak pergi solat lepak kedai kopi main DAM , haih , malu-malu , janganlah jadi lelaki pupus , jadi lah lelaki yang berguna , :]

ok , kepada kaum-kaum hawa yang teringin sangat nak tegur golongan-golongan yang liat nak pergi solat jumaat ni tapi tak tahu nak tegur macam mana , so boleh lah guna cari ni :]
1) Cakap dengan agak kuat, “Aku teringinlah nak merasa nikmatnya sembahyang Jumaat. Kalaulah aku jadi lelaki, akan aku manfaatkannya.
2) Buka surat khabar, berpura-pura baca dengan kuat dan nada terkejut, “Seorang lelaki mati tercekik ketika makan di kedai mamak sewaktu orang sedang Sembahyang Jumaat?”.
3) Jika bersama adik lelaki yang masih kecil, bila lalu sebelah kumpulan lelaki yang tak sembayang Jumaat, pura-pura memujuk adik anda dengan mengatakan “Adik, jangan merajuk tau, nanti dah besar mesti ayah bawak adik ikut ayah pergi sembahyang jumaat tu”.
4) Pergi kat lelaki tersebut dan berpura-pura tanya, “Sebenarnya hari ni hari apa? Nampak macam bukan Hari Jumaat je. Saya silap tengok kalendar ke?”.
5) Pura-pura cakap kat kawan sebelah, “Eh, aku kan, suka sangat tengok lelaki pergi sembahyang Jumaat, nampak cool. Memang calon suami idaman la”.
6) Berkata dengan nada tinggi kepada rakan di hadapan, “Eh!, tu JAIS ke tu, dia nak tangkap sapa?”.
7) Kalau anda jenis berani, pura-pura mengumpat dengan kawan anda, “Eh kau tau, si Polan tu liat betul nak sembahyang Jumaat, dah besar panjang dah, orang cakap hukumnya berdosa besar”.
8 ) Kalau korang jenis yang berani mati, tegur direct je, “Abang dah masuk waktu ni. Abang tak pergi sembahyang Jumaat ke?”.

selamat mencuba , kepada sesiapa yang ingin share entri ni , dipersilakan :D

You Might Also Like

8 ulasan:

  1. kalau hati dah jadi keras macam batu cakap macam mana pun dah tak jalan.
    agak-agak apa patut buat kalau jadi macam tu?
    :)

    BalasPadam
  2. berdoa sahaja untuk dia :]
    insyallah hati manusia ni boleh di berubah bila-bila je :)

    BalasPadam
  3. "jangan lah jadi lelaki pupus.." LIKE this part :))

    BalasPadam
  4. suke yang last. hahaha tindakan berani mati. cool giler tanye macam tu.

    BalasPadam
  5. like ! ada apa2 tips lagi tak??

    BalasPadam