Buta selama 10 minit ??

Rabu, September 21, 2011 Haiyum Haffiz 4 Comments

Alhamdullilah , aku masih dikurniakan penglihatan , terima kasih ya ALLAH , aku bersyukur dengan anugerah yang kau kurniakan ini . 


HIDUP TANPA MATA , sukar untuk kita banyakkan jika kita hilang penglihatan dan mungkin sukar bagi kita untuk bergerak , semuanya akan jadi terbatas . Kelmarin , sewaktu di sekolah , mata secara tiba-tiba kabur , walaupun cermin mata telah disarung ke mata , subhanallah , hanya tuhan sahaja yang tahu betapa payahnya bila penglihatan dicabut . Bagi aku ini lah satu pengajaran bagi aku kerana aku tidak menggunakan anugerah yang diberikan kepadaku ini dengan baik , aku tidak menjaganya , mungkin itu lah sebab DIA mengambil penglihatan aku buat seketika , mata aku kabur selama 10minit , 10minit tanpa pandangan yang jelas , semuanya terbatas ,


Pengalaman 10 minit tanpa penglihatan ini , telah menyedarkan aku diatas kelalaian aku menjaga anugerahnya ini , dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan ini .






Kepada pembaca sekalian , jagalah mata anda itu , itulah anugerah yang paling bernilai bagi kita yang dikurniakan olehnya , ambillah iktibar dari pengalaman diriku ini , mungkin aku bernasib baik mata aku hanya kabur dalam masa 10 minit dan ia berlaku di sekolah dan bukan ketika aku memandu kederaan .


Cuba kita bayangkan mata kita kabur atau hilang ketika kita :


-sedang memandu , 


-sedang melintas jalan


-sedang berlari


-sedang memasak


-sedang bekerja


apa yang akan berlaku??





Gunalah sebaik-baiknya kurniaan yang diberi , berubahlah sebelum terlambat , di harap perkongsian pengalaman aku yang tidak seberapa ini , memberi satu pengajarn buat kita semua dan menjadi titik permulaan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi kekasih Allah s.w.t


sekian , Assalammualaikum .

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. takotnya kalau terjadi macam tu . sesungguhnya kita kena hargai dan bersyukur dgn semua kurniaNya kpd kita :)

    BalasPadam
  2. beb aku accident pun dah terseksa dah. dah takde gigi depan, bahu kanan terseliuh. perit. aku hanya tabah menempuh dugaan mu ya ALLAH

    BalasPadam