PENGHARGAAN BUAT "STALKER AND MR & MRS.JOYAH"

Sabtu, Ogos 27, 2011 Haiyum Haffiz 1 Comments




kepada yang terasa minta maaf ye , kalau dah terase tu cepat cepat la bertaubat ye hihi J

kalau dulu yang suka jaga tepi kain orang ni , kaum perempuan , yang suka mengheboh2kan keburukan seseorang tu , kaum perempuan , tapi sekarang dah terbalik dah , kaum LELAKI pula yang memonopoli tangga teratas bagi carta ‘STALKER AND MR. & MRS.JOYAH’. Apa bestnye mengumpat ni ?? dapat dosa je , dunia kita ni dah la semakin panas korang dari tambahkan lagi ke kepanasan bagi hidup korang tu dengan DOSA-DOSA korang MEngumpat tu ??

KENAPA MEREKA NI ‘MENGUMPAT DAN SUKA STALKER’?

-Ingin Melenyapkan Kemarahan – Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati
(* TAK SEDAR DIRI SENDIRI YANG SALAH)

-Kemegahan Diri – Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut
(*LU INGAT LU DAH KAWAN DENGAN BUDAK2 BESAR LU NAK BESAR KEPALA AH?’)

- Dengki Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
(*KURANG KASIH SAYANG AGAKNYA KAU NI )

-Saja Suka-Suka – Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurausenda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa.
(*KAU INGAT MAKBAPAK AKU LAHIRKAN AKU UNTUK JADI BAHAN KAU KE ?)

-Menghina Orang – Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap  orang lain. Ini disebabkan  kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh
(*AKU TAHU KAU KAYA,TAPI YANG KAYA TU BAPAK KAU BUKAN KAu, JANGAN LA OVERDOSE SANGAT YE )



PENGHARGAAN BAGI “STALKER DAN MR. & MRS.JOYAH”

- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.

-Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga

- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur kepemimpinannya.

- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu adalah manusia yang takbur, sombong dan Bongkak

Ibnu Abbas pernah berpesan 

-Menginsafi benar akan akibatnya yakni kemurkaan Allah S.W.T; seksa orang yang mengumpat dan takut ancaman-ancaman yang akan dihadapkan pada dirinya

- Jikalau engkau hendak menyebut-nyebut cela orang lain, maka cubalah dahulu engkau ingat-ingatkan dan sebut-sebutkan cela-cela yang ada dalam dirimu sendiri

-Sibukkan diri mengubati kekurangan diri supaya kelemahan dan kekurangan tersebut tidak diumpati. Oleh itu tidaklah sibuk hendak mengubati cela orang lain. Sabda Rasullah S.A.W : “Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain.”

-Ubat yang paling mujarab ialah kekuatan keimanan dalam jiwa kerana kekukuhan iman ini sajalah yang akan dapat menghindarkan dari segala ucapan buruk

     ‘ORANG YANG LEMAH ADALAH ORANG YANG SUKA MENGHINA ,ORANG YANG MULIA ADALAH ORANG YANG  DIHINA’
                                       -HAIYUM HAFFIZ-
Kepada kaum HAWA
     "wanita sangat senang nak masuk Syurga dengan taat pada suami, tapi sangat senang gak nak masuk Neraka kerana lidahnya."

KEPADA KAUM ADAM

Tak payahlah BRO ,  nak jad macam ni , tak Macho ah Bro  , Kita ni LELAKI,Jagalah maruah kita tu”

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. lepasni kalau terkena dengan golongan macam ni, cakap je,"terimakasih bro sebab susahsusah je transferkan pahalapahala kau pada aku. terimakasih lah sebab kau dah tolong tinggikan darjat aku kat akhirat nanti. kau memang sahabat aku dunia akhirat lah, sanggup korbankan pahala kau demi aku. aku doakan kau bersemangat lah nak kumpul balik pahalapahala kau. goodluck lah. aku sayang kau bro." :)

    BalasPadam