Nikon? Canon? Sony?Olympus?Mana OK?

Khamis, Mac 17, 2011 Haiyum Haffiz 0 Comments



NIKON? CANON? atau SONY? atau PENTAX,OLYMPUS
mahupun FUJIFILM?

jawapannya... ia terpulang kepada ANDA
Mengapa HAIYUM katakan begitu? kerana sememangnya setiap jenama ada kelebihan masing2

CANON
- Amat terkenal dengan kelebihan soft focus dan post-processing (edit gambar) kerana tone gambar yg lebih bersifat natural
- Boleh katakan banyak juga third party lens dan lens terpakai dijual di forum2 dan website fotografi Malaysia.

NIKON
- Terkenal dengan ketajaman gambar (sharpness) dan colour yang vivid.
- Ada yang katakan bhawa Nikon mempunyai keselesaan dan kemudahan yang lebih tinggi ketika pengendalian kamera dari segi kedudukan butang dan setting kamera
- Lensa third party dan lensa terpakai juga banyak di forum-forum dan website fotografi seluruh Malaysia.
SONY
- Walaupun masih baru, sony masih ada peminat tersendiri dan Sony kini berkembang pesat dengan teknologi mereka sendiri.
- Yup, sememangnya Sony masih kurang lensa third party  dan lensa terpakai tapi ia masih dikatakan banyak kalau nak dibandingkan dengan jenama lain seperti Olympus atau Pentax.
Sebagai tips akhir, anda mgkin boleh untuk mmpertimbangkan membeli NIKON atau CANON kerana lebih ramai pengguna yang mnggunakan jenama ini melainkan di kawasan anda ada komuniti tersendiri seperti team SONY atau OLYMPUS.

MENGAPA?
- Ini memudahkan anda untuk sekurang-kurangnya bertukar-tukar lensa dan speedlite dan dapat mengetahui apakah kelemahan dan kebaikan sesuatu bodi, speedlite atau lensa yang telah digunakan sahabat anda.
- Anda dapat berkongsi ilmu dan pengalaman menggunakan jenama yang sama.
- Lebih mudah untuk anda menyelesaikan satu-satu masalah yang berkaitan dengan jenama tersebut kerana sahabat anda mungkin telah mengalaminya.

Namun, masih tak menjadi masalah sekiranya anda berniat untuk menjadi lain daripada yang lain dan menjadikan diri anda istimewa dengan menggunakan jenama selain dari NIKON dan CANON.



You Might Also Like

0 ulasan: